Saturday, March 16, 2019

Ke-TIDAK-sempurnaan

Ketidaksempurnaan ini dipertikai. Dibualkan untuk kesekian kalinya.

Perlu faham, tiada siapa mahu rasa tak sempurna, tak cukup, tak lengkap dan banyak lagi tak yang lain.

Perlu tahu, tak perlu perjuangkan ketidaksempurnaan orang lain. Cukup untuk tahu ketidaksempurnaan sendiri dan cuba menjadi lagi baik-terbaik-paling baik.

Duduk, kalau lelah.
Baring, kalau letih.
Rehat, kalau sesak-penat-tak mampu.

Bertahan. Jangan rebah.
Sorok tangis seperti selalu.
Sorok lemah macam yang dulu-dulu.

Tak apa, sendiri tahu. Tuhan juga tahu.

Sentiasa semat dan ingat ; tidak ada manusia yang boleh sayang atau cinta kita seadanya tanpa mengubah siapa kita. Walau seinci, mereka mesti mahu kita lebih cantik - lebih baik - lebih segalanya.

Kita terima saja mereka, apa adanya. Kita tak perlu ubah mereka. Hanya kita saja yang bermasalah. Hanya kita saja yang tak cukup untuk mereka. Mereka sempurna. Mereka  sudah cukup sempurna. Mereka paling sempurna.

Dan kita? Berubah lah. Ikut kehendak mereka. Kerna apa?

"Kerana kita yang tak sempurna, bukan mereka". :)